Tanaman cili padi dan cili padi ungu serta pokok cili yang dalam percubaan..
cili semua sedang dalam proses percambahan.
Ni tempat saya dapatkan bibit cili ungu...sama saiz dengan cili padi...dan lebat berbuah.
Pokok cili ungu |
09.04.2016
Hujan turun dengan lebat jam 2 petang...sampai malam sekarang pun masih ada...
17.04.2016
Musim panas telah berlalu, jerebu pun sudah berlalu di sabah, sekarang ini hujan hampir setiap hari turun, maka mulalah masa kita menanam, dan bibit yang sudah ditanam dan yang sedang disemai sedang tumbuh, kaedah yang saya guna cara kampungan punya...tidaklah secara formal...
sebentar tadi buat kerja dan ada sebahagian gambar sempat diambil...
pokok yang sudah berbuah |
ada sudah anak cili tumbuh di celah belukar... |
Tunggu masa saja ni untuk beraksi. |
ni dia sebahagian kilang duit.. |
pokok yang lain masih kecil..inda nampak bah... |
Harap pokok yang lain akan bertambah banyak...
27.04.2016 Rabu.
Hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa hari yang lalu...nikalilah akan mula menanam...tanam sampai seribu pokok...bibit sudah sedia ni...
01.05.2016
Konon mahu tambah lagi...
kg stail ni..cara menanam gaya orang dulu-dulu....dan mudah...akan tumbuh beribu-ribu anak cili...nantikan dalam gambar yang akan datang....
18.05.2016
camanalah ceritanya cili yang ditanam ni setelah ....18 hari...esok nak pulang tengok....
20.05.2016
setelah 20 hari disemai..
menunggu sehingga pokok berkayu...maka akan dipindahkan ke tempat tanaman...
15.06.2016.
Esok plan jika dapat balik dan tidak hujan sebelah petang saya akan balik untuk tanam ...musim hujan dan pasti akan tumbuh...kali ini bibit lado saya banyak...
20.06.2016
Bibit sebahagian sudah sedia dan cuaca sudah mengizinkan...tiap hari hujan...
Add caption |
sebahagian pokok yang akan dipindahkan ke tempat penanaman... |
sebahagian sudah sedia untuk ditanam |
15.07.2016
Cuaca agak panas dan pemindahan bibit cili tidak dapat dilakukan...kena tunggu musim hujan...
27/07/2016.
musim hujan dan masalahnya motor tidak dapat naik kekawasan penanaman kerana jalan raya licin...jalan raya baru saja di baik pulih..maka bibit lada terbengkalai buat sementara waktu...
3/8/2016.
Nampaknya tanaman cili saya ni tidak terurus dan mungkin akan slow buat sementara waktu...masa tidak cukup...
19/08/2016. Last update
Tanaman cili saya hentikan dengan harga yang kurang dan saya mahu menanam dengan lebih teratur dan dalam bentuk batas...
Tamat.