Mari mulakan lagi penanaman Halia....untuk mendapatkan pulangan yang lumayan
Kali ini saya akan gunakan media terbaik saya...dengan bibit terbaik juga...
17.09.2015 Khamis
.....
28.09.2015 Isnin.
Nah selepas bercuti selama seminggu maka dengan bangganya saya dapat menyiapkan tapak penanaman yang ketiga...
Ni dia..biar gambar berbicara...
..................................
Ni ada pokok cempedak...tidak ditebang sebab banyak buah bah dan warnanya merah susah mau cari ni.. |
ada sudah drum plastik untuk tadah air untuk meracun rumput...dah isi racun jentik2 tu... |
Add caption |
mau tambah lagi ni...ni tebas pagi dan petang tebang pokok...
07.10.2015 Rabu.
Hari ni nak angan-angan dulu sekejap tentang hasil tanaman Halia, bah...
11.10.2015 Ahad..
rabu ni cuti...tadi sempat buat sedikit kerja...ni dia...
sikit ja...dalam 3 minit ja buat ni... |
18.10.2015 Ahad.
Tadi sempat bersihkan kawasan untuk tanaman halia baharu..
19.10.2015 Isnin.
Tadi sempat lagi sambung kerja.
sebelum timbus -kurus ja sebab untuk bibit ni..tanpa baja. |
dah timbus. |
ni dia |
kuning sudah |
kuning sebahagian dan banyak rumput juga...dia malas morobuat.. |
ni sebahagian yang kena penyakit...reput pangkal ni...sy tengok ada ulat pengorek.. |
06.11.2015 Jumaat.
2kg |
09.11.2015 Isnin. esok cuti umum Deeepavali bah...
cancel pula ni...mau test penemuan dulu...test awal pagi sana kebun...
10.11.2015 Awal pagi Selasa.
test 1st. ubat hospital 250mg...(4 tablet, (rm20)1g/1L air).Guna 5L air untuk test ini.
memang berkesan ...tiada jangkitan baharu...TAPI tidak memulihkan yang telah dijangkiti...dalam kelompok tidak merebak ke rimpang sebelah. berkesan tapi mahal. alternatif kedua guna 2nd test dibawah..
Note: Gunakan ubat antibiotik yang boleh dibeli dari kedai ubat...kena beli dengan cara menembirang kerana ubat antibiotik ni ubat kawalan..1 liter air untuk 4 biji ubat.
Test terdahulu: Untuk CaCO4: Isi halia(kulit) jadi hitam-Burn- jika ditimbus lebih 1/2 kg. slow jangkitan dalam 30%.
12.10.2015, Khamis.
Ujian Kedua menggunakan 1 liter(20 liter air), semua kawasan...kesan...
Repot: tiada tanda kering ( Halia kering/Halia survive)...test terus....ujian berani mati.
Jangkaan Halia kering.. Halia tidak kering...
gangguan: hujan turun pada waktu petang.
Report: Tidak pasti. Lihat kesan seminggu daripada test ini.
Jika ada jangkitan baharu: Test gagal, dan jika x jangkitan Test lulus....
Note: Test berjaya kerana tiada jangkitan baharu pada rumpun halia di sekitar halia yang dijangkiti.
18.11.2015 Rabu.
Ada isi sudah oh..
inda seberapa lah...halia kampungan |
07.12.2015 Isnin.
membersihkan tapak untuk tanam |
ni dia selepas dibersihkan dan ditebang pokok |
selepas dibakar tetapi belum siap dibersihkan. |
bibit halia yang bersedia untuk ditanam... |
harap siap tanam dalam masa seminggu
16.12.2015 Rabu.
Siap tanam sudah pada 14.12.2015.-di bukit ni..
ditanam dengan jarak 1 kaki antara satu sama lain...
26.12.2015 Sabtu.
Esok akan mula tebang kawasan untuk meluaskan lagi...
Harap esok tidak hujan waktu pagi.
TAHUN 2016
03.01.2016 Ahad.
Tapak kawasan baharu...
bakar pun siok sebab kemarau. |
ni vid nya...
07.01.2016 Khamis.
Tanaman ini di kawasan tanah rata.( Kawasan dekat Rumah).
salah satu yang sudah agak menonjol.. |
09.01.2016 sabtu
ni ialah halia yang ditanam sebelah atas...tunas sudah keluar kerana hujan dah turun..
13.01.2016 Rabu.
Tadi sempat balik ke kampung...tengok-tengok pertumbuhan halia....banyak sudah yang keluar kerana dah dua hari hujan turun....biji benih rumput pun banyak yang tumbuh....
Tanaman ni saya belum puas hati....mau tambah lagi tapi kekangan masa bah...bibit cuma 50kg saja...
Mau tambah lagi masa cuti tahun baru cina bulan dua nanti....harap2 menjadilah....
29.01.2016
dah sedia benih halia...tapi kemarau pula....
02.02.2016.
ni dia halia yang ditanam pada 16.12.2015..walaupun kemarau tetap juga tumbuh...
Ada juga yang belum keluar tunas kerana tanah keras...nanti musim hujan hujung mac nanti yasti akan subur. Apapun tunggu dan lihat jalah...
25.02.2016..
selepas 2 bulan..
ni tadi 09.03.2016
21.03.2016separuh telah dibersihkan...tapi punya panas cuaca sekarang ni...sampai ambil pic pun tak sempat...
khamis ni ada cuti...maka sambung kerja kampung masa tu...jumaat nanti Good Friday..cuti lagi...
17.04.2016
selepas hujan..
20.05.2016
daun tu macam ada jangkitan fungus...rumput tu disengajakan kerana kemarau beberapa minggu lalu...sebagai teduhan pokok halia...
15/07/2016.
cuaca panas hampir 3 bulan membantutkan pertumbuhan pokok halia, dan hasil belum dapat dikeluarkan.
03/08/2016
Cuaca hujan saja ni...
Last: 20/08/2016.
Tanaman Halia ini tidak ada hasil kerana isinya kecil disebabkan kemarau panas selama 4 bulan yang lalu...maka halia yang kecil2 ini hanya dijadikan bibit sahaja.
Penanaman yang seterusnya saya akan buat dalam batas dengan tanah digemburkan.
jumpa lagi di episod yang ke-4
-TAMAT-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan