CILI DAN HALIA

Tanaman Halia dan lain-lain

Marilah bersama-sama berusaha menuju kejayaan....tanamlah apa-apa saja tanaman asalkan jangan tanam ganja...hehe






Selasa, 8 September 2015

Tanaman Serai.

08.09.2015. Mula Tanaman Serai

contoh serai yang sedia untuk dijual...boleh juga digunakan sebagai bibit...

ni dia





17.09.2015 Khamis.

tapak penanaman serai telah di pam racun, agar pertumbuhan rumpai terkawal

28.09.2015 Isnin

kawasan penanaman telah dibuka dan akan mula menanam sabtu depan...sikit-sikit bah...
ada akar sudah

harga seringgit ni...daun kesum pun ada


11.10.2015 Ahad


sikit ja...sekadar memenuhi ruang kosong




14.10.2015, Rabu- Cuti bah..

Hari ni tida dapat buat kerja...inda sihat...demam pula.....tapi sempat juga tanam beberapa pokok cuma tidak bersihkan kawasan baharu...tunggu sihat dululah...

31.10.2015 Sabtu

Ni serai pasti akan tumbuh jika ditanam...akar sudah keluar...kena rendam seminggu dalam air..


ni dia..
kalau mau tanam...rendam dulu dalam dua hari...terus tanam dan pasti peratusan tumbuh 99%.

09.11.2015

Tanaman serai sedang tumbuh...sudah tabur baja tadi 08/11. 1kg.

Tahun 2016

07.01.2016

Telah ditanam sebanyak 3 kg.

Pic-----

17.01.2016

Tadi telah ditanam 2 ikat bibit serai dekat penanaman pertama.

pic....

29.01.2016

Tanaman serai dihentikan sementara kerana cuaca panas dan kering.

02.02.2016

Walaupun kering ada juga yang survive...





25.02.2016

tanaman serai terbaharu..


serai tidak subur disebabkan cuaca panas dan hujan lama tak turun...

09.03.2016


apabila hujan turun dan cukup air...rumput ini akan jadi subur...dan ada harga di pasaran semasa...

21.03.2016

Telah siap tambah tanaman serai..pada 19.03.2016. lebih kurang 2000 batang telah berjaya ditanam, nasip tadi jam 4 petang hujan turun....selamatlah tanaman tu...








Sebahagian daripada bibit serai...

17.04.2016 

sebahagian yang terselamat daripada cuaca panas

ada juga yang kering tapi sikitlah...



20.05.2016

setelah musim hujan...







perlu disulam lagi..

15.07.2016

Sebahagian besar kering akibat cuaca panas...tetapi sebahagian tumbuh dengan subur dan proses penyulaman telah dijalankan...harap pada musim hujan yang akan datang pokok ini akan saya bahagikan lagi sebagai bibit untuk memperbanyakkan lagi tanaman...baja telah ditabur..

3/8/2016.

Baja ditabur lagi tadi...kemanjadian tanaman serai semakin subur kerana cuaca sejuk dan musim hujan sudah bermula.

19/08/2016.

Serai yang merimbun tidak dijual..hanya dijadikan sebagai bibit untuk memperbanyakkan tanaman...maka tiada jualan serai...walaupun sudah matang 4 bulan...

update daripada masa ke semasa....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan