CILI DAN HALIA

Tanaman Halia dan lain-lain

Marilah bersama-sama berusaha menuju kejayaan....tanamlah apa-apa saja tanaman asalkan jangan tanam ganja...hehe






Sabtu, 7 November 2015

Durian Belanda/lampun


08.11.2015 Ahad.

Durian Belanda/Lampun.


Sumber: Internet: Kulit lampun



09.11.2015 Isnin.

Untuk kerja..Buat Tut.


Beli di Beaufort-seberang.



10.11.2015 Hari Deeepavali bah niarii....

 20 Tut- Waktu petang.







bukti bahawa pokok yang diklon ni berbuah





kerja ini akan diteruskan dalam jumlah yang banyak...
yang telah dibuat ini harap akan berjaya.
berdasarkan maklumat semasa buah lampun ini sangat mujarab untuk mengelakkan kita daripada  penyakit kanser...itu ini kanserlah yang saya dengar...

18.11.2015 rabu.

sempat buat tut tadi ada 3. tapi belum balut.

07.12.2015 Isnin.

Lampun yang ditut belum mengeluarkan akar...

Tahun 2016

03.01.2016 Ahad

Tut telah dimasukkan dalam polybag dan menunggu sehingga sebulan/musim hujan dan akan ditanam...

13.01.2016

Tadi sempat siram...dan semua Tut tumbuh....harap harap subur saja sampai ditanam..

pic......

17.01.2015

ni dia..setelah dimasukkan dalam polybag...tunggu sebulan lebih dari sekarang dan musim hujan...boleh tanam ketanah sudah...



semuanya tumbuh dengan sihat....

selepas ini kali ke-2 akan dibuat Tut lagi...harap dapat dalam 20 polybag juga...


25.02.2016

bibit masih dalam polybag sebab kemarau berpanjangan...tunggu musim hujan... daerah Beaufort sekarang ini musim kemarau...tiada hujan..

21.03.2016

Sepohon telah ditanam sebagai ujikaji ketahanan kepada cuaca panas...jika bertahan hingga hari khamis ni...semua pokok yang lain akan ditanam...

20.05.2016

semua pokok yang ditanam sudah tumbuh dan nampaknya akan membesar dengan cepat....pic?...nanti...


15.06.2016.

apa kata kita tanam pokok bambangan pula...haha...

15.07.2016

Pokok tumbuh dengan subur dan sebahagian pokok masih di semaian sekitar 30 pokok....

Akan diupdate daripada masa ke semasa sepanjang usaha berjalan...

Selasa, 8 September 2015

Tanaman Serai.

08.09.2015. Mula Tanaman Serai

contoh serai yang sedia untuk dijual...boleh juga digunakan sebagai bibit...

ni dia





17.09.2015 Khamis.

tapak penanaman serai telah di pam racun, agar pertumbuhan rumpai terkawal

28.09.2015 Isnin

kawasan penanaman telah dibuka dan akan mula menanam sabtu depan...sikit-sikit bah...
ada akar sudah

harga seringgit ni...daun kesum pun ada


11.10.2015 Ahad


sikit ja...sekadar memenuhi ruang kosong




14.10.2015, Rabu- Cuti bah..

Hari ni tida dapat buat kerja...inda sihat...demam pula.....tapi sempat juga tanam beberapa pokok cuma tidak bersihkan kawasan baharu...tunggu sihat dululah...

31.10.2015 Sabtu

Ni serai pasti akan tumbuh jika ditanam...akar sudah keluar...kena rendam seminggu dalam air..


ni dia..
kalau mau tanam...rendam dulu dalam dua hari...terus tanam dan pasti peratusan tumbuh 99%.

09.11.2015

Tanaman serai sedang tumbuh...sudah tabur baja tadi 08/11. 1kg.

Tahun 2016

07.01.2016

Telah ditanam sebanyak 3 kg.

Pic-----

17.01.2016

Tadi telah ditanam 2 ikat bibit serai dekat penanaman pertama.

pic....

29.01.2016

Tanaman serai dihentikan sementara kerana cuaca panas dan kering.

02.02.2016

Walaupun kering ada juga yang survive...





25.02.2016

tanaman serai terbaharu..


serai tidak subur disebabkan cuaca panas dan hujan lama tak turun...

09.03.2016


apabila hujan turun dan cukup air...rumput ini akan jadi subur...dan ada harga di pasaran semasa...

21.03.2016

Telah siap tambah tanaman serai..pada 19.03.2016. lebih kurang 2000 batang telah berjaya ditanam, nasip tadi jam 4 petang hujan turun....selamatlah tanaman tu...








Sebahagian daripada bibit serai...

17.04.2016 

sebahagian yang terselamat daripada cuaca panas

ada juga yang kering tapi sikitlah...



20.05.2016

setelah musim hujan...







perlu disulam lagi..

15.07.2016

Sebahagian besar kering akibat cuaca panas...tetapi sebahagian tumbuh dengan subur dan proses penyulaman telah dijalankan...harap pada musim hujan yang akan datang pokok ini akan saya bahagikan lagi sebagai bibit untuk memperbanyakkan lagi tanaman...baja telah ditabur..

3/8/2016.

Baja ditabur lagi tadi...kemanjadian tanaman serai semakin subur kerana cuaca sejuk dan musim hujan sudah bermula.

19/08/2016.

Serai yang merimbun tidak dijual..hanya dijadikan sebagai bibit untuk memperbanyakkan tanaman...maka tiada jualan serai...walaupun sudah matang 4 bulan...

update daripada masa ke semasa....

Tanaman Halia 3rd.

Salam, 08.09.2015 pembuka bicara...

Mari mulakan lagi penanaman Halia....untuk mendapatkan pulangan yang lumayan

Kali ini saya akan gunakan media terbaik saya...dengan bibit terbaik juga...

17.09.2015 Khamis

.....

28.09.2015 Isnin.

Nah selepas bercuti selama seminggu maka dengan bangganya saya dapat menyiapkan tapak penanaman yang ketiga...

Ni dia..biar gambar berbicara...





..................................


Ni ada pokok cempedak...tidak ditebang sebab banyak buah bah dan warnanya merah susah mau cari ni..



ada sudah drum plastik untuk tadah air untuk meracun rumput...dah isi racun jentik2 tu...


Add caption





mau tambah lagi ni...ni tebas pagi dan petang tebang pokok...

07.10.2015 Rabu.

Hari ni nak angan-angan dulu sekejap tentang hasil tanaman Halia, bah...


11.10.2015 Ahad..

rabu ni cuti...tadi sempat buat sedikit kerja...ni dia...

sikit ja...dalam 3 minit ja buat ni...
nah...kering sudah...







18.10.2015 Ahad.

Tadi sempat bersihkan kawasan untuk tanaman halia baharu..

19.10.2015 Isnin.

Tadi sempat lagi sambung kerja.




Bakal bibit halia juga sempat saya timbus..


sebelum timbus -kurus ja sebab untuk bibit ni..tanpa baja.


dah timbus.
25.10.2015 Ahad.




ni dia


kuning sudah


kuning sebahagian dan banyak rumput juga...dia malas morobuat..


ni sebahagian yang kena penyakit...reput pangkal ni...sy tengok ada ulat pengorek..






06.11.2015 Jumaat.



2kg



09.11.2015 Isnin. esok cuti umum Deeepavali bah...

cancel pula ni...mau test penemuan dulu...test awal pagi sana kebun...

10.11.2015 Awal pagi Selasa.

test 1st. ubat hospital  250mg...(4 tablet, (rm20)1g/1L air).Guna 5L air untuk test ini.
memang berkesan ...tiada jangkitan baharu...TAPI tidak memulihkan yang telah dijangkiti...dalam kelompok tidak merebak ke rimpang sebelah. berkesan tapi mahal. alternatif kedua guna 2nd test dibawah..

Note: Gunakan ubat antibiotik yang boleh dibeli dari kedai ubat...kena beli dengan cara menembirang kerana ubat antibiotik ni ubat kawalan..1 liter air untuk 4 biji ubat.

Test terdahulu: Untuk CaCO4: Isi halia(kulit) jadi hitam-Burn- jika ditimbus lebih 1/2 kg. slow jangkitan dalam 30%.

12.10.2015, Khamis.

Ujian Kedua menggunakan  1 liter(20 liter air), semua kawasan...kesan...
Repot: tiada tanda kering ( Halia kering/Halia survive)...test terus....ujian berani mati.
Jangkaan Halia kering.. Halia tidak kering...
gangguan: hujan turun pada waktu petang.
Report: Tidak pasti. Lihat kesan seminggu daripada test ini.
Jika ada jangkitan baharu: Test gagal, dan jika x jangkitan Test lulus....

Note: Test berjaya kerana tiada jangkitan baharu pada rumpun halia di sekitar halia yang dijangkiti.

18.11.2015 Rabu.

Ada isi sudah oh..

inda seberapa lah...halia kampungan
ini saja bah ini...

07.12.2015 Isnin.


membersihkan tapak untuk tanam

ni dia selepas dibersihkan dan ditebang pokok



selepas dibakar tetapi belum siap dibersihkan.

bibit halia yang bersedia untuk ditanam...

harap siap tanam dalam masa seminggu

16.12.2015 Rabu.

Siap tanam sudah pada 14.12.2015.-di bukit ni..





ditanam dengan jarak 1 kaki antara satu sama lain...

26.12.2015 Sabtu.

Esok akan mula tebang kawasan untuk meluaskan lagi...
Harap esok tidak hujan waktu pagi.


TAHUN 2016


03.01.2016 Ahad.

Tapak kawasan baharu...




bakar pun siok sebab kemarau.


ni vid nya...




07.01.2016 Khamis.

Tanaman ini di kawasan tanah rata.( Kawasan dekat Rumah).


salah satu yang sudah agak menonjol..



09.01.2016 sabtu

ni ialah halia yang ditanam sebelah atas...tunas sudah keluar kerana hujan dah turun..



13.01.2016 Rabu.

Tadi sempat balik ke kampung...tengok-tengok pertumbuhan halia....banyak sudah yang keluar kerana dah dua hari hujan turun....biji benih rumput pun banyak yang tumbuh....

Tanaman ni saya belum puas hati....mau tambah lagi tapi kekangan masa bah...bibit cuma 50kg saja...
Mau tambah lagi masa cuti tahun baru cina bulan dua nanti....harap2 menjadilah....

29.01.2016

dah sedia benih halia...tapi kemarau pula....



02.02.2016.

ni dia halia yang ditanam pada 16.12.2015..walaupun kemarau tetap juga tumbuh...



Ada juga yang belum keluar tunas kerana tanah keras...nanti musim hujan hujung mac nanti yasti akan subur. Apapun tunggu dan lihat jalah...

25.02.2016..

selepas 2 bulan..




ni tadi 09.03.2016






21.03.2016

separuh telah dibersihkan...tapi punya panas cuaca sekarang ni...sampai ambil pic pun tak sempat...
khamis ni ada cuti...maka sambung kerja kampung masa tu...jumaat nanti Good Friday..cuti lagi...





17.04.2016

selepas hujan..




20.05.2016

 

daun tu macam ada jangkitan fungus...rumput tu disengajakan kerana kemarau beberapa minggu lalu...sebagai teduhan pokok halia...

15/07/2016.

cuaca panas hampir 3 bulan membantutkan pertumbuhan pokok halia, dan hasil belum dapat dikeluarkan.


03/08/2016

Cuaca hujan saja ni...

Last: 20/08/2016.

Tanaman Halia ini tidak ada hasil kerana isinya kecil disebabkan kemarau panas selama 4 bulan yang lalu...maka halia yang kecil2 ini hanya dijadikan bibit sahaja.

Penanaman yang seterusnya saya akan buat dalam batas dengan tanah digemburkan.

jumpa lagi di episod yang ke-4
-TAMAT-