CILI DAN HALIA

Tanaman Halia dan lain-lain

Marilah bersama-sama berusaha menuju kejayaan....tanamlah apa-apa saja tanaman asalkan jangan tanam ganja...hehe






Sabtu, 2 April 2016

Tanaman Cili Padi yang kedua.

02.04.2016

Tanaman cili padi dan cili padi ungu serta pokok cili yang dalam percubaan..

cili semua sedang dalam proses percambahan.

Ni tempat saya dapatkan bibit cili ungu...sama saiz dengan cili padi...dan lebat berbuah.

Pokok cili ungu
Bila masak buahnya akan jadi merah juga..pedas jugalah macam lada.

09.04.2016

Hujan turun dengan lebat jam 2 petang...sampai malam sekarang pun masih ada...

17.04.2016

Musim panas telah berlalu, jerebu pun sudah berlalu di sabah, sekarang ini hujan hampir setiap hari turun, maka mulalah masa kita menanam, dan bibit yang sudah ditanam dan yang sedang disemai sedang tumbuh, kaedah yang saya guna cara kampungan punya...tidaklah secara formal...

sebentar tadi buat kerja dan ada sebahagian gambar sempat diambil...

pokok yang sudah berbuah

ada sudah anak cili tumbuh di celah belukar...

Tunggu masa saja ni untuk beraksi.

ni dia sebahagian kilang duit..

pokok yang lain masih kecil..inda nampak bah...

Harap pokok yang lain akan bertambah banyak...

27.04.2016 Rabu.

Hujan turun dengan lebatnya sejak beberapa hari yang lalu...nikalilah akan mula menanam...tanam sampai seribu pokok...bibit sudah sedia ni...

01.05.2016

Konon mahu tambah lagi...


 

 




kg stail ni..cara menanam gaya orang dulu-dulu....dan mudah...akan tumbuh beribu-ribu anak cili...nantikan dalam gambar yang akan datang....


18.05.2016

camanalah ceritanya cili yang ditanam ni setelah ....18 hari...esok nak pulang tengok....

20.05.2016

setelah 20 hari disemai..






menunggu sehingga pokok berkayu...maka akan dipindahkan ke tempat tanaman...

15.06.2016.

Esok plan jika dapat balik dan tidak hujan sebelah petang saya akan balik untuk tanam ...musim hujan dan pasti akan tumbuh...kali ini bibit lado saya banyak...

20.06.2016

Bibit sebahagian sudah sedia dan cuaca sudah mengizinkan...tiap hari hujan...

Add caption





sebahagian pokok yang akan dipindahkan ke tempat penanaman...

sebahagian sudah sedia untuk ditanam

bibit cili Habanero -pedas ni
Tingkat kepedasan cili ini mencapai 100,000-350,000 skala Scoville, antara yang terpedas di dunia- asal beli bibit di tamu gaya dengan harga rm5 sepokok.

kalau kau makan macam minum air panas bah....

15.07.2016

Cuaca agak panas dan pemindahan bibit cili tidak dapat dilakukan...kena tunggu musim hujan...

27/07/2016.

musim hujan dan masalahnya motor tidak dapat naik kekawasan penanaman kerana jalan raya licin...jalan raya baru saja di baik pulih..maka bibit lada terbengkalai buat sementara waktu...

3/8/2016.

Nampaknya tanaman cili saya ni tidak terurus dan mungkin akan slow buat sementara waktu...masa tidak cukup...

19/08/2016. Last update

Tanaman cili saya hentikan dengan harga yang kurang dan saya mahu menanam dengan lebih teratur dan dalam bentuk batas...

Tamat.