CILI DAN HALIA

Tanaman Halia dan lain-lain

Marilah bersama-sama berusaha menuju kejayaan....tanamlah apa-apa saja tanaman asalkan jangan tanam ganja...hehe






Rabu, 25 Februari 2015

Pertumbuhan Halia dalam Polybag pada 25.02.2105

25.02.2015
Diari Halia dalam Polybag.

Nah...setelah panas tanpa hujan selama 3 minggu....akhirnya hari ini hujan turun dengan lebatnya...

setelah balik rumah  periksa dan lihat...ni gambar yang sempat diambil...


Nah...inikalilah...


setelah 10 hari


ini dia..setelah 3 minggu


Tanah untuk tambahan
Tidak lama lagi....halia ini akan meneruskan pertumbuhan....harap-harap akan jadi subur...


update pada 30.03.2015.

tidak subur menghijau...


Ni pic pada 12.04.2015

dah mula nak subur bila cuaca kering berlalu...







umur 2 bulan 2 minggu



pic taken on 01.05.2015


                                  bolelah...
 
 
 21.06.2015

maka pada hari  saya lihat terdapat perkembangan yang sangat baik..

 
 
 
 


 










 


tinggi setinggi penyapu..



08.09.2015

semua hasil telah dikeluarkan sama ada halia tua atau muda, hasil keseluruhan rm30k.

selepas ini akan saya buka tajuk baharu, dan blog ini tiada update lagi. tq kerana sudi mengikuti.

Sabtu, 21 Februari 2015

Kisah 2nd, Halia dalam polybag dan di tanah.

Salam semua...

21.02.2015

Saya membuat coretan ini sebagai diari ataupun catatan sendiri agar boleh dijadikan rujukan pada masa depan sekiranya usaha saya ini berjaya atau tidak....bagi sesiapa saja yang sudi membaca dan berkongsi cerita...saya amat mengalu-alukan....semuanya ini saya buat untuk mengisi masa terluang dan juga untuk menyihatkan badan dengan melakukan aktiviti....kalau lari keliling stadium tiada faedah yang boleh kita banggakan....

Saya akan tanam dalam beberapa ekar...ini ialah suatu permulaan sebagai benih dan juga modal seterusnya...juga sebagai eksperimen...

Nah...setelah cuti tahun baru cina 2015, maka saya dapatlah meluangkan masa untuk ...buat semua ini...

Waktu ke kota kinabalu saya singgah ke kedai plastik beli polybag saiz 20x20 dengan harga rm13/kilo....dalam tu ada 16 bag.

sampai rumah saya isi tanah yang telah digaulkan dengan baja...

biarkan seminggu dan saya tanam dengan halia yang saya beli dari Tamu sana Tambunan. Murah sikitlah dalam rm7/kg. Halia tua tu.

selepas di tanam selama seminggu tunas kecil sudah tumbuh...tapi ini biasanya akan kering dan kalau tak kering ianya kecil saja dan tidak gemuk kerana akar belum serap baja.

ada tambah abu ni

baru saja susun

penat juga susun ni

bolelah

ni sekitar 300 bag.

ni kawasan tanaman getah RISDA tapi ada pokok salingan cili padi....ada minat mau tanam cili padi...


ni ialah tanaman halia secara konvensional...

tanaman menjadi juga tapi tidak subur...kemarau bah sudah sebulan
Ni kisah setakat hari ini....dan cerita ini akan saya sambung secara berperingkat daripada masa ke semasa.

19.05.2015...jeng...jeng....

nah...lihat apakah yang berlaku setelah 3 bulan berlalu...




sikit saja ni..

di celah-celah batang getah

27.05.2015...

sempat snap gambar tadi...

ni yang dalam polybag..3 bulan lebih

subur juga ni..

daun tu gulung sebab panas..

ada harapan sudah ni

nantikan pic seterusnya...nantikan update waktu cuti sekolah nanti.

 05.06.2015

saya mendapat maklumat halia jika jual secara borong mencecah rm8/kg.

sekarang ini musim hujan...dan upload pic yang akan datang...halia semakin rimbun...

10.06.2015

subur kan..

21.06.2015

Baja telah diberi dalam bentuk larutan...termasuk kawalan kulat antraks...
Halia semakin subur kerana cuaca sejuk akibat hujan turun berterusan...
Kawasan penanaman untuk seterusnya telah dibakar...penanaman dalam polybag juga...harga polybag juga telah naik akibat GST, sebelum GST harga rm12.90 sekali dengan GST jadi rm13.67 ...terdekat rm13.70.

Peningkatan ini meningkatkan kos...dalam masa ini penyediaan tanah akan dibuat dan akan beli bibit halia apabila dapat bonus raya ni...rm500 untuk bibit....pi jalan-jalan sambil cari bibit.


Halia sekarang ni...tengok gambar...

subur juga sebab cuaca sejuk-musim hujan bah.

tanaman halia


dah tinggi setinggi tangkai penyapu.


ruang kosong ini terjadi akibat halia kena penyakit...penyakit layu...ini disebabkan dulu sewaktu menanam bibit itu memang ada penyakit...saja test...inilah bekas yang sudah rumpang...nanti guna untuk penanaman cili saja....kena layu bakteria..

Tanaman dalam polybag ini sama saja dengan tanaman ditanah cuma pembajaan tu terkawal dan memudahkan kawalan rumput...

24.06.2015.
Tadi sempat balik ambil gambar..

dah subur walaupun dalam bekas plastik.

daun bergulung cuaca panas bah..

cuaca panas bah..

27.06.2015 sabtu.
 seminggu hujan tidak turun...cuaca sangat panas..
ni halia yang saya tanam di tanah.
tanaman ni semuanya hidup dengan subur...
umur sudah mencapai 6 bulan..





Halia yang saya tanam ni inda subur kalau inda dapat share baja daripada pokok getah tu...sikit ja ni...bikin bibit saja ni...


02.07.2015 Jumaat.

Ni pula halia yang saya tanam di belakang rumah (rumah sewa)...masuk dalam plastik saja...terlindung daripada matahari...ada juga saya letak baja sikit-sikit dan juga siram dengan air beras....tapi kena kakai ayam bah tu tanah...saja-saja bah ni untuk buang boring...

kesian tempat bibit mangga epal bercamba bah...tumpang bah..

ni kena kakai ayam jiran sebelah bah ni..

ayam pi kakai tu tanah...
05.07.2015 Ahad

Kalau merujuk tentang penyakit tu...semuanya berpunca daripada bibit halia yang kita guna tu....

dengan syarat mesti umur lebih 9 bulan keatas dan paling penting bila kita potong halia tu mesti macam gambar dibawah...Pic 1.


pic 1

Kalau yang ada berlainan warna macam ada berlainan warna...kalau kita tanam akan pandai kering selepas 3 bulan ditanam....memang akan tumbuh tetapi pandai busuk...kena jangkitan Bakteria bah....walaupun direndam/rawat dengan racun Malation atau Tiodan 35EC dan racun kulat...penyakit ini tidak akan hilang. Kesimpulan guna bibit yang sudah tua dan sihat. Saya sudah cuba dan hasilnya...lihat Pic 2.

Pic 2
Penyakit ni ( Layu Bakteria) tiada ubatnya...ubatnya cabut dan bakar atau cabut buang sana sungai....

Bukanya sengaja bah...hari tu konon mau jimat budget...beli halia yang kira murah....sekali sampai rumah potong bikin bibit ada tanda-tanda serangan bakteria...saya cuma buat rawatan dengan harapan dapat bunuh bakteria tu...hasilnya selepas 3 bulan ia kembali melanda..tidak apalah...pengalaman bah kan...harap para pembaca tidak mengulangi kesilapan saya ni....saya menyedari benda ni tetapi saya keras kepala...nah...inilah akibatnya...

07.07.2015 Selasa

Tadi balik melawat tanaman Halia yang saya tanam dalam polybag....saya nampak semakin merebak..maka saya asingkan beg yang bermasalah ini...dan saya juga ada buat sedikit ujikaji serta beda siasat ala-ala CSI. Ni bukan semata-mata disebabkan oleh bibit asal yang berpenyakit tetapi faktor lain yang disebabkan oleh saya sendiri...saya akan pastikan perkara tersebut saya tidak ulangi...Saksikan...

nah...lihat warna ditengah tu...

sayang betul...dah besar sekali jadi kering..

bah...bedah

hasil bedah

dapatan siasatan...ada kesan

kesan jangkitan bakteria...kuning coklat..

nah..ada tompok-tompok coklat

ni dia si bakteria punya kerja.

bah...ni kerja sia-sia saja

kosong sudah...inda apa yang lain masih sihat.

kena takai sudah ni..
ni halia  yang sana tanah dekat rumah...

subur juga walaupun cuaca panas dan kering.

banyak sudah isinya...


09.07.2015 Khamis

Tadi sempat pergi menjual halia...dapat rm5k lebih...
pertanian membawa tuah..


12.07.2015 Ahad.

Tadi pagi saya pergi tengok tu halia yang saya tanam tanah dan ada menunjukkan daun mahu layu...maka saya ambil keputusan gali saja...halia ni sudah berumur 6 bulan lebih, saya cabut dua pokok...ni kira halia muda lah...mula dengan panjang 5 cm jadi sekilo lebih...kalau selepas 8 bulan rasanya boleh sampai 2kg lebih..

bah...mari mula gali


ni dia pengalian bermula

ni isi serumpun halia 6 bulan
cuci dengan air

proses menimbang

ni dia bacaannya...
Hasil ni tidak dijual...bikin makan sendiri....sekarang harga halia kampung sudah naik...biasa dalam rm12 sekilo...kemarin saya lalu di Pekan Bongawan...halia kena jual dengan harga rm13/kg.

kisah halia dalam polybag pula sudah banyak yang mengalami jangkitan bakteria(layu) saya sudah takai dalam 30 bag sudah....bibit inda baik hari tu...ni gara-gara beli bibit dari Giant...hehe...


25.07.2015 Sabtu

setelah cuti hari raya maka dapatlah saya bersihkan tanaman saya yang sudah ditumbuhi rumput...


tanaman serai dan labu wangi.

nah masih ditumbuhi rumput..

ni dia dipenuhi rumput..

kesian halia...banyak saingan..

selepas saya bersihkan...



Selepas dibersihkan...nampaknya banyak ruang....maka saya sudah tanam dengan bibit baharu...

nah...sebahagian sudah potong...ada yang lain tapi belum siap potong

ni dia...harapan ni..
selepas tu rehat dulu....

penat cabut rumput

05.08.2015 Rabu

Halia semakin subur...musim hujan bah...mau snap gambar pun susah...sampai rumah dikampung hujan...jalan licin...macam cabaran 4x4 pula....Hujung minggu ni hantar kundur wangi ke KK...

06.08.2015 Khamis.

Sekiranya sesiapapun yang mencuba atau  menanam Halia ini...pastinya akan berhadapan dengan masalah penyakit Halia, jika di kawasan kampung mereka akan menjalankan penanaman Halia berpindah ke kawasan lain setelah semusim telah dikeluarkan hasil dan membuka lagi kawasan baharu,

tetapi...bagi saya...inilah masalahnya....penyakit layu bakteria....kerana saya tanam ditempat yang sama berulang-ulang....dalam polybag lagilah...

tetapi jika kita mencari jalan penyelasaian...ada beberapa pilihan yang agak murah dan berbaloi berbanding kerosakan yang kita alami,...ianya boleh mengurangkan kerosakan sebanyak 50%.....

biasanya penyakit ini akan timbul dalam bulan ke-4-7, disinilah anda akan frust jika perkara inni akan berlaku....mengikut pengoogolan saya nama bakteria ini ialah ...

Patogen (penyebab timbulnya penyakit)

Penyebab penyakit layu pada tanaman halia adalah bakteri R. solanacearum.

Daun macam bergulung dan menguning, apabila dicabut pangkal menjadi reput, dan mengeluarkan bau busuk tengit....

Bah...bagaimana ianya berjangkit...


Nah...gunakan pengetahuan kita tentang biologi...biasanya bakteria ini berkembang(koloni menjadi banyak apabila keadaan persekitaran sesuai dan juga pH sesuai...juga ada bahan yang boleh merencatkan pertumbuhan koloni bakteria...

Hasil sedutan daripada blog...

Hasil beberapa penelitian menunjukkan bahwa minyak atsiri merupakan bahan alami dari tanaman yang berpotensi untuk digunakan sebagai pestisida nabati. Hasil penelitian Hartati et al. (1993a) menunjukkan bahwa minyak cengkeh dan serai wangi dapat menghambat pertumbuhan R. solancearum secara in vitro. Hartati et al. (1993b) juga melaporkan bahwa pada uji in vitro minyak daun cengkeh lebih efektif terhadap R. solanacearum dibandingkan dengan komponennya eugenol dan serbuk cengkeh. Supriadi et al. (2008) melaporkan bahwa minyak kayu manis, cengkeh, serai wangi, serai dapur, nilam, jahe, kunyit, laos, temu lawak, dan adas dapat menghambat pertumbuhan bakteri R. solanacearum secara in vitro. Sementara hasil dari percobaan pot menunjukkan bahwa formula EC (6%) campuran dari minyak cengkeh dan kayu manis dapat menekan perkembangan penyakit layu pada jahe sampai 65 % pada umur tanaman 7 bulan. Sedang pengujian di lapangan menunjukkan bahwa formula EC 2 % minyak cengkeh dan kayu manis mampu menekan perkembangan penyakit dengan efikasi sebesar 35 % sampai pada umur tanaman 7 bulan (Hartati et al. 2009).

Sumber: http://organichcs.com/2014.

dan ada juga saya terbaca dengan mengubah pH tanah boleh dicuba...dengan mengunakan kapur...


nah dibawah ini saya akan cuba...halia yang saya tanam dalam polybag....sudah dalam 60 polybag telah kering dijangkiti penyakit ini....nah....saya akan cuba guna minyak serai( Beli daripada Gian Putatan) dan guna kasium karbonat untuk polybag disekitar tanaman yang dijangkiti...saya akan catatkan dalam blog ini bagaimana hasilnya...


bukan apa bah...saya biarkan saja tetapi semakin menjadi pula penyakit ni....sekarang sudah masuk 5 bulan....buat hal pula ni penyakit....


pilihan saya yang akan saya cuba....ubah pH= guna kalsium karbonat-bancuh tuang pada tanah dalam polybag.

guna cecair daripada serai mandian...ada kena jual di gian putatan saya tengok hari tu...mahu cuba juga....dan

saya mahu juga cari bahan anti bakteria.....senang cerita guna antibiotik...hehe...

kiayam betul tu bakteria...bikin orang lambat kaya....syyal...

13.08.2015 Khamis

Tadi saya balik periksa tanaman halia di tanah yang saya tanam hujung bulan Desimber tahun lalu....dah hampir genam lapan bulan....maka saya ambil keputusan muktamad....esok petang saya akan cabut....dan keringkan....nantikan pic yang akan saya sertakan kemudian....

ni lah dia... saya cabut 8 rumpun saja...yang lain belum lagi...rata-rata serumpun atas 1 kg ke atas...paling berat 3kg.

dah cabut ni

selepas dibersihkan

halia and the geng

ni dia...bersama bibit asal..yang sebiji tu..

ringan ja...sekilo lebih..

ni dia semua ada 23kg saja...minggu depan bawa ke kk...
saya jual rm8/kg ja...kepada pemborong...malas mau jual sana tamu...sy cabut sikit2 saja...asalkan berterusan....sekarang musim buah bah...jual cempedak dulu bah...

16.08.2015 Jumaat.

Tadi sempat pergi morobuat( cabut rumput), rumput sudah banyak bah...tu gambar sebelum dan selepas cabut rumput...

ni masa banyak rumput..

sy tambah yang inda tumbuh


ni bahagian atas ada banyak yang tumbuh

sikit saja yang ada...maka sy tambah sudah tu...tu bahagian bawah.

nilah...dan ada lagi...





Harap beberapa minggu lagi akan jadi subur lagi....nantikan apakah yang akan berlaku....setelah pembajaan dilakukan...


27.08.2015 Khamis.

Tadi sempat pi menjual halia...dapat duit free lagi...banyak siok...harga rm14/kg sekarang ni...
ada lagi baki dalam kotak inda habis jual...tapi saya jual borong saja bah rm10/kg. adalah sy dapat seribu lebih tapi yang sempat snap gambar tinggal sikit...



03.09.2015 Khamis.

Semalam sempat balik dan keluarkan hasil daripada polybag...saya jual sebagai halia muda dengan harga rm6/kg. jual secara borong saja. dah jual 20kg saja tadi, adalah dalam rm120 saja.

dalam 1 polybag tu dapat juga dalam 4 kg lebih halia muda....dan proses menanam akan diteruskan...sabtu ni akan diteruskan lagi proses penanaman....jom tanam halia....kongsi-kongsi kita cerita....

apa kata guna bibit halia china....ada sesiapa yang sudah cuba?.....saya sudah .... tapi saya tanam terus di tanah....nanti akan saya tunjukkan gambar bila sudah tumbuh...

08.09.2015

Hasil semua telah dikeluarkan, update tiada lagi, dan tajuk baru akan saya buat, terima kasih kerana mengikuti blog ini sehingga hari ini. Kotoluadan. Hasil kasar RM30K.

.TAMAT.