ulat pemakan halia |
Ni saya dapat daripada penjual halia di Tamu Membakut bawah pokok...ingat untuk bibit...sekali ada sebahagian tu ada ulat...ni saya dah belah dan tunjukkan dalam gambar...
gua ulat halia |
nah....inikalilah.. |
hati-hati bila beli halia nanti terbeli halia berulat.....rugi oh...rm10/kg.
02.07.2015 Jumaat.
setelah beberapa bulan tanam dengan bibit yang inda baik ni...nah...
kena penyakit...isi jadi busuk.. |
saya akan tabur dengan kalsium karbonat...lihat kesannya....adakah akan berlaku perebakan...
27.08.2015 Khamis
Nampaknya penggunaan kalsium karbonat merencatkan perebakan bakteria dan jangkitan berkurangan....berdasarkan pemerhatian...apabila hujan maka banyak yang akan kering kerana jangkitan ini....
kerugian besar kerana penyakit ini akan menyerang tanaman selepas 5-6 bulan....nah...ni menyebabkan para penanam halia cabut dan jual awal saja...kalau kau pi beli dan tanam sebagai bibit...rugi besar oh...
31.10.2015. Sabtu.
Saya ada tengok halia yang kena penyakit...
ni saya ada letak racun tapi macam tiada harapan ni...umur 1 bulan... |
yang ini macam selamat sudah..yang kena serang layu tu inda selamat tetapi yang serumpun tidak terjangkit... |
ni juga tidak berlaku jangkitan.. |
Tetapi boleh diselasaikan dengan cara ujikaji sendiri tetapi perlukan sedikit kos...sebab harga racun-racun tu agak mahal...cara mudah tanya kepada mereka yang sudah buat kajian dan sudah membuat uji kaji terhadap halia ni...saya sudah banyak habiskan wang semata-mata untuk mengatasi masalah ini...tetapi berbaloi.
Cara selamat guna bibit yang sihat...kalau tidak mahu buang duit untuk uji kaji.
dalam nukilan yang akan datang saya akan paparkan penyakit halia berdasarkan kepada pengalaman sendiri bukannya daripada google...penyakit ini amat merugikan jika kita tidak bersedia menghadapinya sebab akan menyerang selepas 4-6 bulan usia halia....dan kawasan yang sama tidak dapat digunakan kembali sebagai penanaman disebabkan adanya penyakit. jika kita tahu ubatnya penyakit ini kita dapat jimat banyak tenaga dan ringgit kerana boleh diguna balik kawasan yang sama...cuma guna baja sahaja...bah..kalau ada yang tahu ubat untuk penyakit halia ini yang lebih berkesan...bagilah clue...kalaupun itu rahsia anda...sepertimana kfc merahsiakan resipinya..
10.11.2015 Isnin-awal pagi
setelah kita fikirkan penyakit yang disebabkan oleh ulat pengorek tu senang saja untuk diselasaikan kan..ada racun insecestida....nah...kedua disebabkan oleh Fungus...ada fungusid... boleh juga diselasaikan kan...ada banyak racun boleh guna....dan akar reput/layu bakteria...nah...sinilah banyak yang pening...ada racunkah untuk bunuh penyebab penyakit ni....memang ada(lambat pickup sia-mungkin orang lain lama sudah tahu)....tapi saya cuba cari dulu....nama dah tahu tapi adakah ada dijual di kedai atau tiada nah....mari kita mencari....kalau jumpa cuba dilapangan....kalau berjaya...diam-diam saja kita....hehe
betul-betul merugikan ni penyakit reput akar....haya...kalau selesai ni masalah....pasti berjaya dengan senyuman....
15.07.2016
Daun halia kering dan berbintik- rawatan fungisid dan perlu diulang beberapa kali menggunakan sejenis racun kulat berjenama......(lupa pula)-akan diupdate nanti.
Nantikan update sepanjang masa tentang penyakit halia yang menyerang tanaman halia saya dalam polybag dan atas tanah. Catatan ini saya update bila-bila masa saja.