CILI DAN HALIA

Tanaman Halia dan lain-lain

Marilah bersama-sama berusaha menuju kejayaan....tanamlah apa-apa saja tanaman asalkan jangan tanam ganja...hehe






Jumaat, 17 April 2015

Tanaman Cili Padi dalam Polybag dan ditanah.

Catatan Pertama 17.04.2015.


Cili Padi dalam polybag,..permulaan ada 41 bag sahaja dan akan saya tambah dari masa kesemasa...hari ni baru tanam bibit lada yang sudah disemai 2 minggu yang lalu....perancangan ialah menanam sebanyak yang mungkin tanpa henti.

Polybag cili.

Bibit cili padi

Ditanam selepas hujan lebat tadi.

Tanaman sementara tunggu sawit mengeluarkan hasil

media-tanah biasa saja..

Masih belum susun.

masih kecil lagi-2cm tinggi.

tapak belum luas-buat perlahan2 bah..


my super bike r1.

hiburan hujung minggu ni..

moto ni dah tukar warna...pada 13.08.2015.
dah cat baharu...13.08.2015
 2k- tidak habis 0.5L.

Harapan agar dapat berkembang sehingga beribu pokok pada akan datang...target semasa 1000 pokok.


Update pada 25 dan 26. 04.2015


Penambahan bilangan polybag...dan bibit cili...penanaman sebanyak 17 polybag berjaya diisi dan ditanam dengan Polybag. Jumlah keseluruhan  58 polybag.

Hujan turun dengan lebat dan tidak perlu siram...

Perlahan-lahan mahu bersihkan.

Tapak ni belum bersih, perlahan-lahan saya bersihkan.

dah seminggu

Baru dpindahkan

Cili putih (dalam poly) dan cili padi (dalam karung)

Ditutup dengan daun senduduk agar tidak kering kena cahaya terik matahari.
Jumpa lagi pada update yang akan datang..mungkin pada jumaat (1.5.2015) ini sempena cuti hari pekerja dan pada isnin cuti hari wesak....perancangan seterusnya selepas ini ialah hendak tabur sedikit CaCO4.


Catatan pada 04.05.2015.

  Sepena Hari Pekerja 01.05.2015 dan cuti minggu berserta cuti Hari wesak maka dapatlah menyempurnakan sebanyak 67 polybag dan kesemuanya telah ditanam dengan cili. Berikut ialah gambar yang saya sempat ambil. Kawasan sekitar penanaman juga telah saya bersihkan, selepas ini saya akan  bersihkan secara sedikit demi sedikit.


Tapak meletakkan polybag.

Polybag yang belum disusun.

Dah ditebas.

Tu plastik kena tiup angin

cili dah ditanam dalam 2 bulan akan ada hasil-rasa-rasanyalah- Harap2 akan berjaya.





Catatan pada 07.05.2015- Khamis jam 7:00pm.

Hari ini dan kelmarin saya dapat penuhkan polybag dan terus tanam bibit cili yang sudah berumur 2 minggu...beberapa gambar yang saya sempat ambil.

Dalam gambar dari kiri-baja, pengaut baja, botol 100+ tempat air, cangkul, racun nyamuk dan sudip tangan.

Benih cili Putih

benih cili padi-menunggu untuk tempat baharu.

cili padi saiz 2cm.yang lain tu bibit rumput mula tumbuh.

cili ni bukan cili padi tetapi cili sos- sebesar jari dewasa.

sebahagian tapak untuk letakkan bekas polybag nanti

baru siap isi tanah-penat oh..

baru mula isi

snap lagi...

lagi

nah---ada cacing

selepas tanam bibit cili padi...harap2 tumbuh.

Harapan ni- terus tanam dah tak nak tunggu esok.

Ni dia polybag yang sudah siap....sekarang ini sejumlah 80 polybag sudah diisi tanah dan ditanam anak cili padi, dan juga 12 polybag untuk cili sos. Esok sambung lagi kerja sebelah petang...cuti sabtu dan ahad ni mahu tambah lagi...jangkaan dapat sampai 100 polybag.

Ni bahagian angan-angan.....jika sepohon cili dapat hasilkan 300gram dan berapa kilokah hasilnya jika terdapat 100 pokok....berapa ya....harga pasaran sekarang ialah rm xx sekilo....kenapa.....mau kejar harga Gxxlah ni...beli barang sekarang semua sudah naik harga ma....kena uplah juga kan.....


bah berapa ya...kira sendirilah....

catatan pada 09.05.2015( Hasil kerja)

Jumlah polybag yang berjaya diisi ialah 10.
jumlah keseluruhan ialah 90 dan siap ditanam.

Ni di sebelum dibersihkan dengan Grasscutter.

view on saturday morning around 9am.

selepas sebahagian dibersihkan

kawasan belakang tu sudah siap

Bibit cili yang sedia ditanam- 14cm tinggi.

kawasan yang sudah dibersihkan

kawasan yang sudah dibersihkan- rancang mau bakar.

bibit cili padi yang baru disemai.

nah cili padi..

cili

ladang tuhan

sudah bersih

mesin tu dah  penat...habis minyak...esok lagi mau disambung.


Kejayaan....mengisi 10 polybag dan menanam cili padi, juga berjaya tanam cili 1 pokok saja.
esok sambung kerja lagi....

catatan pada 10.05.2015

Hari ini telah tambah 10 polybag lagi...semuanya sudah capai 100 polybag.

mula isi polybag

penat oh

siap sudah

bibit cili putih

tu bancuhan racun kulat

kawasan yang mahu dibersihkan

setelah siap pembersihan

Kawasan yang telah siap dibersihkan dan tunggu ada masa dan saya akan bakar. Jumpa lagi dalam lembaran yang akan datang.

11.05.2015 sudah siap bakar...gambar...

nah...ni dah sembur racun rumpai..




Bolelah...kena racun sekali lagi..


ni setakat 19.05.2015...

daun sudah semakin hijau

sedang tunggu untuk masuk polybag yg besar

bolehlah...

ni yang dah sebulan

ada harapan sudah
Nantikan update yang akan datang......

iklan motivasi 0n 26.05.2015

Ada masalah baru seronok( Sumber: Internet)

Itulah perumpamaan jika anda buat sesuatu tanpa ada masalah. Tidak ada nikmat langsung dalam keadaan sebegitu.

Sekarang cuba fikirkan segala kekangan yang sedang anda hadapi. Tak kisah samada makan gaji, berniaga atau duduk saja.

Anggap saja semua kekangan tersebut adalah sumber untuk menjadikan hidup anda lebih bermakna. Anda hanya perlu selesaikannya sekadar yang mampu dengan cara terbaik yang boleh.

Jika tewas, jangan putus asa. Fikirkan kenapa dan buat analisa, cari jalan sampai ianya dapat diselesaikan.

Ingat! segala kekangan, halangan dan seumpamanya yang kelihatan macam sengaja nak bantutkan anda dari maju ke depan, itu adalah untuk membuatkan apa saja yang anda lakukan menjadi lebih bermakna.

Update  pada 27.05.2015

tadi ke tapak penanaman lada...hos dah siap pasang...

hos murah saja..


Salingan.....


Tadi juga saya sempat ambil gambar tentang cili ...

Pokok cili

pokok cili berbuah lebat

Buah yang dipetik seperti berikut...

sekilo ni

pandangan daripada tepi sekilogram cili

sekarang harga sekilo sangat lumayan....


hasil dalam 2 minggu menjual...nak masukkan dalam ASB ni..


Setakat tadi saya sempat snap gambar...

cili padi

bibit semaian

cili

ni cili Bell...nantikan buahnya nanti..

Update pada 10.06.2015.

dah cepat besar ni..musim hujan bah

sangat subur...terlebih nitrogen bah ni

Ni dah beri bosster ni...
Update 14.06.2015

cili tumbuh dengan 1.5 cm sehari...jika cukup baja...dan bila berhenti tumbuh maka keluarlah bunga dan mula mengeluarkan hasilnya...

Gambar  ini menunjukkan cili....bukan cili padi tetapi ditanam juga dalam polybag.

ada bunga sudah...minggu depan...ada sudah..

Cili

bambu untuk penyokong

mau belah sudah..

separuh sudah siap...rehat2 dulu..

guna untuk penanda di atas tanah dulu..subur juga ni..



esok mula kerja lagi...cuti 2 minggu sudah habis...sebelah petang saja selepas ini..dalam seminggu ni hujan saja sebelah petang...susah mahu isi tanah dalam polybag...maka saya tanam saja atas tanah seperti dalam gambar atas...nantikan hasilnya...mana yang akan menghasilkan buah yang banyak. Nantikan perbandingannya nanti kerana sebahagian saya telah tanam dalam polybag.

update 17.06.2015

Tadi sempat balik ke kampung menjenguk tanaman cili...

ada perkembangan kerana cuaca sejuk...musim hujan cepat tumbuh....terdapat daun kerepot...kekurangan mikro nutrien ni...kena bikin sendiri ja...tadi dah beri sulfur...Mg dan P lagi kena mix dan beli lagi ni...
daun kerepot

daun tidak cantik

ni minta baja ni..sulfur dah letak tu..nantikan kesannya seminggu daripada sekarang...


Ni labu wangi yang saya tanam...dah besar buahnya...sebiji saja...hehe...


Tadi ada jual cili 2 kg tapi harga sudah jatuh...tidak mengapa...antam saja bah...sekarang kesemuanya sudah ada 150 polybag yang diisi dengan tanah...bibit cili dah sedia....tunggu masa saja mau tanam...



24.06.2015
Tadi sempat singgah ke kawasan penanaman cili.


sudah semakin banyak banyak.

Bibit semakin besar.

nah..
Ini dia


dalam masa 14 hari sudah besar seperti ini.


Sekarang cuaca agak panas walaupun baru 2 hari hujan tidak turun.

27.06.2015 Sabtu.

Cuaca sangat panas dan sudah seminggu hujan tidak turun, tadi sempat siram kesemua cili.
Cadang mau beli autoirragation tapi tunggu dulu lah...buat manual dulu.
tadi sempat ambil gambar...

besar sudah




buahnya lebat

cantik


01.07.2015.

cuaca panas dan hujan hanya turun sekejap sahaja dan disertai oleh angin kencang...banyak pokok cili rebah dan senget...

Tadi sempat ambil gambar...balik untuk siram saja...belum susun lagi...biar teduh dulu bawah sawit.






02.07.2015 Jumaat.

Cerita Tambahan ni...

Bibit cili ni...tanam saja di tanah sini luar rumah sewa...antam saja...mana saja tumbuh atau tidak lain cerita...

3 hari lalu tu rumput sy spray racun rumput Gramoxone( Parakuat), walaupun 30 minit selepas tu hujan...kering juga tu rumput...bagus ni racun ....

ni pokok cili ada 3... 2 sudah tanam 1 lagi masih dalam polybag....esok baru tanam...

cili pertama

cili kedua

lokasi tepi rumah saja


cili ke 3, umur 3 minggu..

angan-angan saya mau beli tu auto timer irregation bah( kawalan air ikut masa- tidak perlu susah-susah mau siram)...tapi tunggu dulu...saya dah jumpa dalam online tapi belum buat tempahan...

05.07.2015 Ahad

Ni hasil untuk kegunaan sendiri...ni bukan cili padi kan...ni cili biasa..
nilah hasilnya...bikin masak saja..tak banyak maka untuk kegunaan sendiri saja.
07.07.2015 Selasa.


Tadi sempat balik melawat tanaman cili padi...Ada perkembangan sudah walaupun kemarau sudah seminggu...

ada bunga sudah...dalam 3 minggu pasti ada buah sudah.

nah....subur ni.

12.07.2015 Ahad.
keluar topik ni..
Tadi sempat ambil gambar untuk cili bell, ni saya ada cuba tanam dalam polybag dengan penjagaan macam cili biasa...dibiarkan tanpa teduhan...baja lainlah sikit...saya buat adunan dan dengan kepekatan Kalium tu 30% dan campuran TE. Hasilnya agak baik...pokok rebah kena puting beliung...tetapi tetap juga berbuah....harap-harap ayam tidak pi patuk....bikin bibit seterusnya...

senget kena tiup angin

ada sudah hasilnya..

ni sudah berbuah...ada harapan kerana cuaca gam untuk tanam cili bell.
cili padi yang lain tumbuh dengan subur...saya juga ada beli baja yang kandungan kaliumnya 30%, sudah siramkan dan tengok hasilnya...adakah betul ianya membolehkan pokok membesar dan pengakaran akan jadi baik dan kerintangan terhadap penyakit akan meningkat...nantikan kepeutusan dalam edisi yang akan saya update nanti...ada sepohon cili bell tu daun sudah kuning-kuning dan pembentukan pucuk terencat...gambar tidak sempat ambil tetapi dalam 2-3 hari saya mahu tengok ada perubahan atau tidak...kalau ada teori saya betul. Kalau tidak kena cuba lagi baja lain. Kandungan TE sebenarnya sangat penting. Kalau beli baja pastikan ada kandungan TE, kalau guna baja organik boleh mengundang banyak jangkitan kulat dan mengundang serangga...rugi kerana kena beli racun lagi...mahal bah...kena GST lagi...

26.07.2015 Ahad.

sekarang ini harga cili agak kurang kerana banyak bekalan...tetapi ada turun naiknya juga...tapi masih atas rm15/kg. Teruskan usaha anda untuk tanam cili.

05.08.2015 Rabu.

Tadi sempat balik...hujan lebat..cuaca sejuk...cili tumbuh dengan cepat...daun jadi lebar....tidak sempat snap gambar...cili semua sudah subur dan ada yang sudah mulah berbuah...nikalilah...nanti saya akan update gambar...rasanya hujung minggu ni...

ada isu baharu...buah cili kena sengat oleh lalat buah...kiayam betul....ni kena cari jalan untuk kurangkan lalat buah ni...

13.08.2015 Khamis

Sekarang ni musim hujan...hari ni hujan turun dengan lebat...tapi redah sahaja untuk balik kampung...sepanjang jalan tu bawa dalam 30-40kmj saja...

sesampainya di kampung...hujan baru sahaja teduh...nah...sempatlah ambil gambar tetapi macam tidak terang kerana guna handycam....camera saya hilang bah...sedihnya...apapun guna sahaja setakat yang ada...nah...setakat ini perkembangan cili dalam polybag sangat menggalakkan...subur-subur belaka dengan daun-daunnya kelihatan laping-laping  belaka....lebar-lebar bah tu daun....hujan sejuk menggalakkan pertumbuhan tambahan pula dengan baja yang saya baru saja tabur....baja subur dan baja penggalak pertumbuhan...juga Tarrace Element-mikro (TE) yang saya tambah.

Kalau mahu cepat bibit tumbuh letak baja yang mengandungi tinggi kandungan Kaliumnya...yang lebih daripada 20%.

Biasa baja ni warna kuning....

saya sudah siap susun dalam barisan...tapi belum lagi betul-betul lurus...setakat letak saja...penyiraman secara manual saja...tunggu dulu sampai tu auto siram...saya order daripada lelong.com bah...harga dalam rm100 lebih....belum order cuma angan2 hendak order...alat ni boleh siram dua kali sehari...asalkan bekalan air masih ada...perancangan tu...alatan cuma perlu bekalan air dan stopper untuk sinki tandas yang ada pelampung tu..dan pasangkan pada tong....bah...nanti siap saya akan uploadkan gambarnya...

gambar ni yang saya sempat ambil tadi...baru sahaja hujan lebat tu berenti....

baru hujan bah...

karung penuh serbuk baja dan sabut kelapa... kena hujan...biarlah

nah...jadi kolam sudah...cili suka ni...sekali-sekalalah...


ada yang sudah mula berbuah.

dah siap susun...





Harga semasa cili padi...

walaupun sekarang harga pasaran cili padi jatuh kepada rm15/kg di kk dan dibeaufort tinggal rm7/kg sebab banyak bekalan dari Sipitang dan Keningau, tak mengapa bah ni sekadar hobi saja...siok tengok cili membesar dan berbuah...kalau ada harga pasaran ada naik sikit boleh juga jual....

masih luas lagi kawasan untuk letak polybag...kalau siap dalam 1 ekar jugalah...

ada lalang tumbuh..mau kena pom ni


ada juga kawasan yang nak tanam halia ni...tengah jalan...


sementara tunggu gata besar...boleh juga tumpang 8 bulan..

27.08.2015 khamis

Tadi saya balik untuk tengok keadaan cili dalam polybag, dah ada yang berbuah tetapi saya belum ambil lagi, tunggu dulu bila banyak yang masak barulah saya akan petik,...

saya juga ada buat pengairan automatik dengan inovasi saya sendiri, dengan menggunakan botol mineral water...boleh bertahan selama 6-7hari, sangat berkesan dan tidak perlu menyusahkan diri untuk menyiram....larutkan juga sedikit baja,....guna saja baja urea atau paling cun guna baja larutan yang mengandungi hormon dan TE. Tapi belum pasang semualah....saya pasang perlahan-lahan bah...

inovasi untuk air

ni  dia auto firtigation...yea...

cili bell dan bekalan air.
saya juga ada membeli daripada lelong.com menggunakan timer...tapi dengan harga rm100 rasanya tidak berbaloi....yaang ini bekas botol minuman....free saja

timer tu tiada guna pula...rugi saja beli...
08.09.2015
Luahan Hati yang kecewa...si penanam cili......

Tanam cili sekarang tiada guna jika menanam untuk dijual...harga tidak berpatutan dan harga cuma rm5-8/kg....sudahlah penat memetik...harga pun murah sangat, kerana cili dari Sipitang sangat banyak...merekapun main hembur saja, tidak pandai kawal harga pasaran sekitar Beaufort. Memang budu tu pengusaha...adakah dia buat lambakan cili sampai jatuh harga....sia inda kisah...ada gaji bulan juga...biarlah...tunggu harga stabil balik baru jual...

blog ini saya tidak akan update lagi sehingga harga cili naik balik...

sy passing lah sama penanam lain...kacau betul...

01.10.2015 Khamis

cili putih...ada 12 pokok ja...diasingkan daripada kelompok cili padi yang lain...


06.10.2015





Ni kalilah...banyak sudah buah untuk makanan burung....

11.10.2015
setelah musim



18.10.2015 Ahad.
Hampir semua cili telah berbuah dan kalau dipetik boleh dapat sekilo lebih buah...tetapi harga sekarang agak mendukacitakan...maka biarlah ianya menjadi makanan burung....bila harga pasaran agak baik barulah saya rajin memetik.

Polybag tu kelihatan lusuh sebab sudah setahun digunakan untuk tanaman halia...dan rasanya ini khidmat terakhir...dan jika bertahan lagi saya akan gunakan untuk tanaman tanduk kambing.

25.10.2015 ahad

Cili berbuah lebat dan amat banyak...kerana cuaca yang sejuk dan hujan berpanjangan sebelah petang...jerebu menyebabkan cahaya matahari tidak terik sangat....

malangnya sy malas mau petik...harga murah sangat rm10 ja sekilo...bikin makanan burung sajalah...

31.10.2015
harga rm10/kg...inda ada guna-guna....ingat inda panatkah petik sekilo tu...budu betul..

Mohon kepada penanam cili agar pakat pakat bah kita jual mahal sikit sekilo...kan untuk kebaikan kita bersama...jual rm20/kg bah...berbaloi juga...ni kamu jual murah sendiri juga susah...kamu jual rm8/kg...nah sendiri merana....bukan senang tu petik sekilo cili...mo ambil masa sejam lebih juga...padas lagi tu jari kan...

06.11.2015 Jumaat

sempat snap gambar lepas pam rumput..

baru ja siram

Bibit cili padi yang paling kecil...ni yg mahal betul di pasaran...

ni dia..

banyak buah untuk makanan burung momporok saja..
07.12.2015 Isnin.

sebahagian hasil...

sampai tumpah -tidak muat dalam plastik-apapun cuma 2kg  ja ni..
26.12.2015 Sabtu.

Kemarin telah tambah sebanyak 30 polybag dan sudah ditanam.

lambat update bah sebab cuti lagi ni...

Tahun 2016

03.01.2016 Ahad









Harga cili murah oh sekarang...

29.01.2016

Tanaman cili menghadapi masalah cuaca kering...sian...dahlah harga murah...alahai...

09.03.2016

Tanaman cili yang saya tanam dalam polybag rasanya sudah tua dan akan di tanam dengan pokok cili yang baharu, petang ni akan mula semai..bulan depan akan dapat tanam dalam polybag.

Tanaman cili di tanah sudah ada 50 pokok.

ready to plant


ni bawa dari rumah ke tempat tanam

dah tanam

ni pokok cili untuk test kesesuaian tanah...nampak sesuai...

sedia untuk turun ke pasaran....



akan ditambah bilangan pokok...cuti minggu depan...


namapaknya bahagian ini akan ditamatkan dan disambung dengan cerita tanaman cili di tanah pula kerana cili yang dalam polybag telah tua dan kering tambahan pula cuaca yang panas sekarang.

cerita ini akan disambung di tanaman cili yang kedua pula.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan